Saturday, December 14, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa skandal darah UK mula terima bayaran pampasan

    LONDON, 13 DIS – Mangsa skandal darah tercemar selama beberapa tahun yang telah mengorbankan kira-kira 3,000 orang di Britain akan mula menerima bayaran pampasan akhir minggu ini, kata kerajaan itu, kelmarin.

    Lebih 30,000 orang, termasuk kanak-kanak, telah dijangkiti virus seperti HIV dan hepatitis selepas diberikan darah tercemar antara tahun 1970an dan awal 1990an.

    “Sepuluh orang telah ditawarkan pampasan berjumlah lebih £13 juta (AS$16.5 juta) dan dijadual menerima bayaran dalam beberapa hari akan datang,” kata kerajaan itu kelmarin.

    Manakala, seramai 25 orang lagi baru-baru ini telah dijemput untuk membuat tuntutan mereka dan juga akan menerima tawaran, di mana kerajaan memperuntukkan £11.8 bilion secara keseluruhan untuk membayar pampasan kepada mangsa.

    “Kerajaan ini berjanji untuk bertindak memberikan pampasan kepada mangsa darah yang dijangkiti, dan hari ini merupakan langkah penting ke arah menegakkan keadilan bagi mereka yang telah menunggu terlalu lama untuk pampasan,” kata menteri, Nick Thomas-Symonds.

    “Selepas bertahun-tahun ketidakadilan, saya berharap ini membawa sedikit jaminan kepada masyarakat yang telah mengalami banyak penderitaan apabila tindakan sedang diambil,” tambahnya.

    Laporan mengejutkan yang dikeluarkan Mei lalu mendapatikejadian darah yang tercemar itu telah dirahsiakan oleh kerajaan dan pegawai kesihatan dan sebahagian besarnya dapat dicegah.

    Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, kemudian mengeluarkan permohonan maaf dan menjanjikan pampasan untuk semua yang terjejas. Kerajaannya menganggarkan seseorang yang dijangkiti HIV boleh menerima sehingga £2.6 juta. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda