Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    MAQIS rampas daging babi, lembu cuba dibawa masuk ke Singapura

    JOHOR BAHRU, 30 NOV – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas sejumlah daging babi dan daging lembu dengan berat kesemuanya 130 kilogram (kg) yang cuba dibawa masuk ke Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

    Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta dengan pendaftaran asing pada pukul 7:30 malam itu mendapati terdapat 12 kotak daging babi sejuk beku seberat 120kg dan sekotak berisi daging lembu dianggarkan seberat 10kg tanpa sebarang dokumen.

    Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati daging babi dan lembu tersebut dibawa masuk tanpa permit import MAQIS dan Sijil Kesihatan.

    “Anggaran nilai rampasan adalah sekitar RM20,000 dan pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun dilepaskan setelah keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

    Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

    Edie Putra berkata pihak MAQIS akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam negara adalah bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...