Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Platform perkukuh hubungan ekonomi

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Acara Rantaian Malaysia-New Zealand menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara selain memperkenalkan inti pati Malaysia kepada masyarakat Kiwi di Auckland, kata Persatuan Perniagaan New Zealand Malaysia (NZMBA).

    Presidennya, Dave Ananth berkata acara yang diadakan di Auckland pada 23 November itu mengetengahkan pelbagai makanan dan minuman import Malaysia melalui pameran selain menekankan kepelbagaian yang ditawarkan oleh Malaysia.

    “Satu daripada acara utama ialah persembahan menarik oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), yang diwakili oleh eksekutif kanannya, Areej Taufik, yang bertujuan untuk menghapuskan salah tanggapan dan menangani kebimbangan mengenai penggunaan minyak sawit, terutama kesannya terhadap hidupan liar di kawasan seperti Borneo,” menurutnya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

    Majlis yang dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki diadakan oleh entiti utama daripada NZMBA dan kerajaan Malaysia iaitu daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta MPOC.

    Menghimpunkan perniagaan Malaysia dengan wakil-wakil kerajaan, acara itu menyediakan peluang luar biasa untuk rangkaian dan kerjasama peringkat tinggi. – Bernama

    Dave (dua dari kanan) bergambar ramai semasa acara berkenaan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...