Sunday, January 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Marshanda kini bebas kanser payudara

    Pelakon Marshanda memaklumkan dia kini bebas daripada kanser payudara yang dideritainya sejak dua tahun lalu.

    Marshanda atau Adriani Marshanda, 34, berkata sepanjang tempoh itu dia sudah melalui pelbagai rawatan di hospital namun mendakwa dia pulih selepas mencuba kaedah tradisional.

    “Saya bukan anti perubatan moden cuma saya berusaha pelbagai jenis rawatan bagi memastikan kesihatan saya kembali pulih.

    “Saya telah cuba macam-macam cara termasuk rawatan kemoterapi tetapi Alhamdulillah kaedah tradisional yang mujarab,” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

    Menurut Marshanda, pemeriksaan ultra bunyi yang dibuat baru-baru ini mengesahkan sel kanser di dalam tubuhnya sudah tiada.

    Pun begitu, dia tetap perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan bagi memastikan sel tersebut tidak kembali di dalam tubuh.

    “Alhamdulillah saya benar-benar sudah sihat dan hanya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan.

    “Saya anggap ini satu keajaiban buat diri,” ujarnya. – Agensi

    Marshanda bersyukur bebas dari penyakit kanser payudara. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda