Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Martin ungguli MotoGP Thailand

    BURIRAM, 29 OKT – Jorge Martin dari Sepanyol hari ini memenangi perlumbaan MotoGP Thailand yang mendebarkan untuk merapatkan jurang dengan Francesco Bagnaia dalam perlumbaan kejuaraan dunia.

    Bagnaia dari Itali merupakan pelumba ketiga yang melintasi garisan penamat di belakang Brad Binder tetapi dianugerahkan tempat kedua selepas pelumba dari Afrika Selatan itu diturunkan kedudukan kerana melebihi had litar.

    Ketiga-tiga pelumba tersebut telah terlibat dalam persaingan sengit pada pusingan terakhir dengan pendahulu perlumbaan bertukar tangan sebelum Martin menewaskan pesaing-pesaingnya.

    Bagnaia, yang cuba mempertahankan gelaran juara dunianya, menyaksikan kelebihan kejuaraannya menurun kepada 13 mata oleh Martin, yang turut memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu di litar Antarabangsa Buriram.

    Martin telah memenangi lima perlumbaan pecut terakhir tetapi tidak bernasib baik dalam perlumbaan grand prix.

    Dia terjatuh semasa mendahului di Indonesia dua minggu lalu sekali gus menghadiahkan Bagnaia pendahulu kejuaraan.

    Kemudian, satu pertaruhan pada tayar belakang yang lembut hujung minggu lalu di Australia menyaksikan pelumba Itali itu melebarkan pendahuluannya kepada 27 mata apabila Martin menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

    Tetapi pelumba Sepanyol itu merapatkan jurang kepada 18 mata dengan kemenangan dominannya dalam perlumbaan pecut 13 pusingan pada Sabtu dan kemudian mengurangkannya sebanyak lima mata lagi selepas memenangi perlumbaan utama 26 pusingan dengan kelebihan 0.253 saat sahaja. – AFP

    Martin dikejar oleh kumpulan pelumba semasa MotoGP di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...