Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Masa depan Srettha tidak jelas, petisyen senator diterima

    BANGKOK, 24 MEI – Mahkamah Perlembagaan menerima petisyen daripada 40 senator yang mahu memecat Srettha Thavisin daripada jawatannya sebagai perdana menteri tetapi tidak mengarahkan beliau digantung tugas.

    Enam daripada sembilan hakim Mahkamah Perlembagaan memutuskan untuk menerima petisyen itu kelmarin, yang menggesa penyingkiran Srettha. Petisyen yang difailkan pada 15 Mei mendakwa bahawa Srettha melanggar piawaian etika politik dengan melantik bekas peguam Pichit Chuenban, yang pernah menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan rasuah, sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    Pichit diberikan portfolio itu selepas rombakan Kabinet pada 28 April lalu.

    Pada 2008, semasa mewakili bekas PM Thaksin Shinawatra di mahkamah berhubung kes tanah yang kontroversi, bekas peguam itu didakwa menawarkan rasuah wang tunai sebanyak 2 juta baht yang terkandung dalam beg makanan ringan kepada pegawai mahkamah.

    Beliau dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menghina mahkamah apabila berhujah bahawa beg itu hanya sepatutnya mengandungi makanan ringan. Selepas melengkapkan hukuman penjara yang diarahkan mahkamah, pihak pendakwa raya menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya.

    Petisyen itu mengatakan Srettha melanggar Perkara 160 (4) dan (5) Perlembagaan. Perkara 160 (4) mewajibkan PM mempunyai integriti yang jelas, manakala (5) mengatakan tingkah laku PM mesti mematuhi piawaian etika.

    Dalam semakan kelmarin, lima daripada sembilan hakim memutuskan untuk tidak menggantung Srettha, tetapi menuntut beliau mengemukakan dokumen untuk pembelaannya dalam tempoh 15 hari.

    Srettha berada di diplomatik Eropah dan Jepun dan dijadualkan pulang pada hari hari ini.

    Mahkamah juga berkata memandangkan Pichit telah pun meletak jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak ada sebab untuk melancarkan siasatan terhadapnya. – ANN/The Nation

    Srettha Thavisin ketika bercakap dengan media semasa sidang akhbar di rumah kerajaan di Bangkok, Thailand, pada 10 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...