Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masato Kanda dilantik presiden baharu ADB

    MANILA, 24 FEB – Masato Kanda secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Presiden ke-11 Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemberi pinjaman antarabangsa itu, lapor Xinhua.

    Kanda, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan Jepun bagi Hal Ehwal Antarabangsa menggantikan Masatsugu Asakawa, seorang lagi bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan Jepun.

    Ditubuhkan pada 1966, ADB yang beribu pejabat di Manila dimiliki oleh 69 anggota, termasuk 49 negara dari Asia dan Pasifik. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda