Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid ditutup, rusuhan mazhab

    NEW DELHI, 4 OGOS – Kebanyakan masjid ditutup untuk solat Jumaat di hab perniagaan penting di pinggir ibu negara India selepas enam orang terbunuh dalam rusuhan mazhab.

    Polis dikerahkan dalam jumlah besar di luar beberapa masjid di Gurugram, bandar satelit New Delhi dan pusat perniagaan utama di mana Nokia, Samsung dan syarikat multinasional lain mempunyai ibu pejabat India mereka.

    Ketegangan memuncak di kawasan itu sejak Isnin lalu apabila perusuh membaling batu ke arah perarakan agama Hindu dan membakar kereta di daerah Nuh yang majoriti penduduknya beragama Islam.

    Kumpulan bersenjata kemudiannya menyerang sebuah masjid di Gurugram awal Selasa lalu, membunuh seorang ulama sebagai tindakan balas dendam, manakala beberapa kedai dan restoran kecil telah dirosakkan atau dibakar oleh kumpulan yang melaungkan slogan agama Hindu. Tiada kejadian besar keganasan telah dilaporkan sejak Selasa lalu.

    Beberapa masjid di Gurugram membenarkan kumpulan kecil berhimpun untuk solat petang tadi, yang paling penting dalam seminggu bagi umat Islam. Tetapi lima daripada rumah ibadat Islam utama di bandar itu yang dilawati AFP ditutup, dengan kemasukan mereka dihadang oleh polis. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda