Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Masjid Sg Besar
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Dalam menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444, Masjid Kampung (Kg) Sungai (Sg) Besar, kelmarin, telah mengadakan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kenangan untuk penerima Tokoh Hijrah Warga Emas masjid berkenaan.
Penerima bagi tokoh hijrah warga emas bagi lelaki ialah Haji Taha bin Haji Maidin yang merupakan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan dan tokoh hijrah warga emas bagi wanita ialah Hajah Siti Awal binti Radin yang merupakan ketua Muslimah jawatankuasa takmir masjid tersebut.
Penyampaian sijil dan cenderahati kenangan berkenaan telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.
Terdahulu, acara walkaton turut diadakan sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Sg Besar, yang bermula dan berakhir di masjid berkenaan.
Di samping menyambut kehadiran tahun baharu Hijrah, acara itu dihasratkan untuk memupuk serta mengeratkan lagi tali persaudaraan antara ahli-ahli jawatankuasa takmir, penduduk kampung selaku jemaah masjid, para Muslimah, belia dan beliawanis seterusnya mengimarahkan masjid dalam memohon restu dan keberkatan dariNya.