Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid SSBRPAD anjur Al-Bayan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Bersempena dengan lima tahun penubuhan Al-Busyra dan sempena dengan 10 tahun penubuhan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampung Manggis Madang, buat julung kalinya, Al-Busyra mengadakan Majlis Al-Bayan yang berlangsung di masjid berkenaan, pagi tadi.

    Beberapa acara terkandung di dalam majlis tersebut seperti Majlis Bacaan Ratib Al-Attas, Bicara Ilmiah 1, Bicara Ilmiah II, Bicara Ilmiah III.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pembukaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

    Antara objektif majlis itu dilangsungkan adalah untuk mempelajari semula aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), yang merupakan pegangan Negara Brunei Darussalam, agar dapat membezakan mana ajaran yang benar dan yang batil.

    Majlis tersebut dianjurkan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid SSBRPAD.

    Yang Berhormat Pengiran Haji Isa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda