Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masya Masyitah bikin kecoh

    Penyanyi, Masya Masyitah, 23, membuat kejutan apabila memuat naik beberapa gambar dia tidak lagi mengenakan tudung serta dengan gaya rambut berwarna seakan imej patung ‘Barbie’ di Instagram (IG), hari ini.

    Menerusi perkongsian dibuat Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff itu, secara tidak langsung ‘menoktahkan’ bualan dalam kalangan warga maya yang pernah mengecam penampilan pakaiannya sebelum ini, lapor Harian Metro Online.

    Dengan kapsyen ringkas yang menggambarkan kekuatan semangatnya, Masya ternyata sudah bersedia menerima kecaman daripada orang ramai terutama warganet yang mengecam tindakannya tidak bertudung itu.

    “Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran awda harus lebih kuat daripada perasaan awda),” tulisnya menerusi kapsyen pada foto yang dimuat naik itu.

    Sementara itu, di ruangan komen, sebagaimana dijangka Masya yang popular dengan lagu Halimunan itu dikecam. Namun, tidak kurang juga yang memuji kecantikannya persis patung ‘Barbie’.

    Masya berkongsi foto terkini di Instagram (IG) yang mencetuskan perbualan dalam kalangan pengikutnya. – mStar

    “Member dah tak tahan, last-last (akhirnya) cabut tudung,” tulis seorang warga maya.

    “Jom ler ramai-ramai ‘unfollow’. Semua dah terbang,” tulis warganet.

    “Siapa ni, cantik,” kata seorang pengikutnya.

    Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu, minggu lalu menjadi tarikan ramai apabila berkongsi beberapa gambar ketika bermain badminton dengan memakai ‘hoodie’ sehingga mendedahkan bahagian lehernya.

    Sebelum itu, Masya juga teruk dikritik warganet selepas menggayakan pakaian yang seolah-olah ke arah membuka tudung perlahan-lahan yang akhirnya kini menjadi kenyataan.

    Bagaimanapun, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Masya tidak berhasil apabila panggilan tidak dijawab dan mesej dikirim kepadanya juga tidak dibalas. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda