Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    MATRADE, Amazon bekerjasama tingkat e-dagang rentas sempadan

    KUALA LUMPUR, 19 APRIL – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan meningkatkan usaha e-dagang rentas sempadan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi kerjasama dengan Amazon membabitkan jualan produk peringkat global melalui e-kedai Amazon.

    Dalam kenyataan bersama hari ini, MATRADE dan Amazon berkata kerjasama selama setahun itu juga sebagai reaksi terhadap peningkatan permintaan daripada perniagaan Malaysia.

    “Kedua-dua pihak akan bekerjasama menawarkan acara jangkauan secara suku tahunan sepanjang 2024 untuk meningkatkan kesedaran mengenai e-dagang rentas sempadan selain membantu pemilik jenama Malaysia memperkenalkan jenama serta produk kepada pelanggan di Amerika Syarikat,” kata kenyataan itu.

    Program dikenali sebagai Amazon Global Selling itu turut merangkumi acara luar talian masing-masing di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dengan penganjuran bengkel bagi membimbing dan memperkasa usahawan tempatan.

    Ia juga dapat meningkatkan penyertaan dalam talian dengan latihan dan kandungan direka khusus bagi kesesuaian penjual Malaysia.

    “Kandungan kursus itu meliputi perjalanan menyeluruh penjual Amazon, termasuk pendaftaran akaun, penyediaan produk, pematuhan, penyenaraian, penghantaran serta pengiklanan.” – Bernama

    Gambar Astro Awani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...