Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Mayat ditemukan di ruang gear pendaratan pesawat

BUENOS AIRES, 8 JAN – Dua mayat ditemukan di bahagian ruang gear pendaratan pesawat selepas pesawat itu mendarat di Bogota, menurut syarikat penerbangan Colombia, Avianca pada Sabtu, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan AV116 dari Santiago de Chile itu mendarat di Lapangan Terbang El Dorado di Bogota pada Jumaat petang.

Penyiar, Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat.

Menurut pihak berkuasa, mayat itu kemungkinan telah berada di ruang berkenaan selama beberapa hari.

Kali terakhir pesawat itu diselenggara pada 27 Disember 2022. Antara 31 Disember dan 3 Januari pesawat itu berada di Punta Cana di Republik Dominican. – Bernama

Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -