Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Amizul Rafiuddin menang motosikal Honda

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Awang Amizul Rafiuddin bin Kafli memenangi motosikal Honda CB1000R apabila berjaya memilih kotak berisi kunci hadiah utama berkenaan pada majlis Cabutan Bertuah Utama Honda yang berlangsung di Dewan Pameran Honda BTop Motors, Kampung Beribi, hari ini.

    Cabutan dan penyampaian hadiah utama bagi promosi berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah BTop Motors Sdn Bhd, Haji Rakawi bin Haji Ranek.

    Awang Amizul Rafiuddin dalam temu bual ringkas bersama Media Permata menyatakan perasaan syukur dan amat gembira kerana memenangi hadiah utama promosi berkenaan.

    Beliau yang amat menggemari motosikal daripada usia muda lagi telah membeli model Honda MSX 125 SF dan kini mempunyai sebuah motosikal baharu setelah memenangi hadiah utama berkenaan.

    Beliau tidak menyangka akan terpilih untuk berpeluang memenangi hadiah utama promosi berkenaan serta menyatakan penghargaan kepada pihak BTop Motors Sdn Bhd yang telah menganjurkan promosi itu.

    Terdahulu, Pengurus Jualan dan Pemasaran BTop Motors Sdn Bhd, Awang Narawi Merusin menyatakan bahawa promosi itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh BTop Motors sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang sentiasa memberikan sokongan.

    Beliau menyatakan bahawa promosi cabutan bertuah bagi tempoh 2023 hingga 2024 akan diumumkan dalam masa yang terdekat sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan.

    Promosi berkenaan telah diadakan bermula 15 Februari 2021 hingga 31 Disember 2022 di mana sepanjang tempoh promosi, sebanyak 237 orang telah layak untuk menyertainya.

    Cabutan bertuah itu mengetengahkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi termasuk hadiah kedua berupa tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Kuala Lumpur, hadiah ketiga berupa televisyen 50 inci serta 12 hadiah sagu hati.

    Haji Rakawi (kiri) bergambar ramai dengan Awang Amizul Rafiuddin pada majlis yang berlangsung di Dewan Pameran Honda BTop Motors, Kampung Beribi, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...