Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam

    SHAH ALAM, 8 FEB – Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 8:19 kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG pada bahu sebelah kiri.

    “Pemeriksaan oleh pihak Forensik Selangor ke atas badan si mati mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.

    “Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya.

    Mohd Iqbal berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat esok pagi bagi mengenal pasti punca kematian. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...