Wednesday, December 18, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    McDonald’s Brunei rai ulang tahun ke-30

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – McDonald’s Brunei hari ini meraikan ulang tahun penu-buhannya yang ke-30 dengan majlis yang diadakan di Big Mac Room McDonald’s Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Makan Ceria Sdn Bhd, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan.

    Turut hadir ialah ahli-ahli lembaga pengarah yang lain, Penolong Pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku wakil Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA),

    Dayang Nur Qistina binti Haji Abang Nordin; Naib Pengerusi Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen; Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang dan Pengurus Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Brunei Darussalam, Dayang Fatin Nurina binti Morshidi.

    Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Pengurus Restoran McDonald’s Lambak, Awang Abdul Azim bin Roslan, dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Konsultan Operasi McDonald’s Brunei, Dayang Hartini binti Haji Hussin yang menceritakan perjalanannya bekerja di McDonald’s sebagai kru pada 1992.

    Pengerusi Makan Ceria Sdn Bhd, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan semasa memotong kek sempena ulang tahun penubuhan McDonald’s Brunei yang ke-30 pada majlis yang berlangsung di Big Mac Room McDonald’s Gadong. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Awang Edzwan Zukri bersama ahli Lembaga Pengarah Makan Ceria, Ahmad Azree melancarkan reka bentuk bungkusan unik tersendiri yang menun-jukkan mercu tanda Negara Brunei Darussalam dari semua daerah.
    Awang Edzwan Zukri menyampaikan sumbangan kepada wakil DANA).
    Ahmad Azree menyampaikan sumbangan kepada wakil PBSM Negara Brunei Darussalam.
    Ahli Lembaga Pengarah Makan Ceria, Ahmad Azree menyampaikan sumbangan kepada wakil SMARTER Brunei.
    Awang Edzwan Zukri menyampaikan sumbangan kepada wakil YASKA.
    Awang Edzwan Zukri bersama ahli Lembaga Pengarah Makan Ceria bergambar ramai bersama wakil-wakil penerima sumbangan.

    Kemudian, acara juga menayangkan video bertajuk Journey with McDonald’s yang memfokuskan kepada OUR PEOPLE: McFamily, dari segi semangat kerja berpasukan, kewujudan peluang-peluang pekerjaan, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan tidak lupa juga perhubungan cinta yang terjalin bermula di McDonald’s Brunei.

    Kemuncak majlis adalah memotong kek ulang tahun ke-30 McDonald’s Brunei yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis yang disertai oleh ahli lembaga pengarah.

    Sempena memperingati sambutan berkenaan, majlis juga menyaksikan pelancaran reka bentuk bungkusan unik tersendiri yang menunjukkan mercu tanda Negara Brunei
    Darussalam dari semua daerah yang dihasilkan oleh artis tempatan.

    Apa yang lebih menarik ialah reka bentuk tersebut digabungkan dengan aplikasi realiti imbuhan (AR), yang pertama dalam industri makanan dan minuman di Brunei.

    Pembangunan kandungan AR berkenaan juga dilakukan oleh artis tempatan, SKETCHONE Studio.

    Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyerahan sumbangan para pelanggan McDonald’s kepada DANA yang menerima $8,437.29, YASKA dan SMARTER Brunei masing-masing sebanyak $1,189, manakala itu PBSM Brunei Darussalam menerima $1,141.38.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda