Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Median kelajuan 5G Malaysia terpantas di Asia Tenggara

    KUALA LUMPUR, 26 OKT – Median kelajuan rangkaian 5G Malaysia berada pada 485.25Mbps, iaitu terpantas dalam kalangan negara Asia Tenggara dan ketiga di peringkat global, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata ini berdasarkan keputusan terkini data Perisikan Speedtest Ookla bagi suku ketiga 2023.

    “Pencapaian ini adalah bukti mengenai kualiti dan integriti rangkaian 5G bertaraf dunia yang dibangunkan oleh DNB (Digital Nasional Berhad), di Malaysia.

    “Setakat hujung September, kadar penggunaan 5G kita sudah berada pada tahap 7.4 peratus dengan kira-kira 2.5 juta pengguna mudah alih melanggan rangkaian 5G,” katanya dalam ucapannya pada pelancaran Pusat Pengalaman ’My5G Portal’ DNB di sini, hari ini.

    Beliau berkata sejak awal pelaksanaan rangkaian 5G dua tahun lalu, tumpuan diberikan kepada penerimaan pengguna supaya syarikat mempunyai akses kepada pangkalan pelanggan yang semakin meningkat.

    Fahmi berkata adalah penting untuk mengiktiraf bahawa 5G mewakili asas bagi revolusi teknologi dan perindustrian yang semakin hampir, untuk mempercepatkan penerimaan dalam kalangan pengguna dan perusahaan ketika ini.

    Mengenai ‘Portal My5G’, beliau berkata ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital.

    “Pusat ini berfungsi sebagai sumber yang berharga untuk syarikat, perkhidmatan awam, ahli akademik dan orang ramai yang menyasarkan untuk menerima teknologi 5G,” katanya. – Bernama

    Fahmi Fadzil melihat demontrasi weston robot yang menggunakan 5G ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Pelancaran My5G Portal di Tun Razak Exchange (TRX) 106 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...