Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Medjedovic julang trofi pertama Next Gen

    JEDDAH, 3 DIS – Hamad Medjedovic berjaya menewaskan pilihan utama, Arthur Fils dengan keputusan 3-4 (6/8), 4-1, 4-2, 3-4 (9/11), 4-1 untuk memenangi Next Gen ATP Final di Jeddah kelmarin.

    Berada di tangga ke-110 dunia, Medjedovic mencatatkan namanya sebagai juara dengan ranking terendah dalam sejarah enam tahun kejohanan bawah 21 tahun. Dia juga pemain Serbia pertama yang menjulang trofi Next Gen Final.

    Selepas melepasi peringkat kumpulan tanpa kekalahan sebelum merangkul kejuaraan, Medjedovic menerima ganjaran sebanyak AS$514,000, hampir AS$100,000 lebih tinggi berbanding keseluruhan pendapatan wang hadiah kerjayanya.

    Kemenangannya datang hanya dua minggu selepas mentor dan rakan sepasukannya, Novak Djokovic, mengangkat piala ATP Final yang ketujuh dalam sejarah di Turin.

    “Ia jelas satu perkara yang bagus. Kami berdua dari Serbia, dia menjuarai Master yang yang sebenar, dan saya memenangi Next Gen, jelas ia adalah satu pencapaian yang besar dan saya sangat gembira untuk mengikuti jejaknya dengan cara tertentu,” kata Medjedovic, yang merebahkan dirinya ke tanah kerana tidak percaya selepas berjaya mengubah mata kejuaraan ketiganya.

    “Ia adalah satu perasaan yang sangat istimewa. Saya tidak percaya, saya masih tidak mempercayainya. pasti memberi saya banyak keyakinan untuk 2024. Jelas sekali Arthur adalah pemain yang menakjubkan. Dari segi kedudukan dia jauh lebih baik berbanding saya, dia berada di kedudukan 40 teratas atas sebab tertentu, dia sangat bagus. Saya sangat gembira,” ujarnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda