Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Medvedev mara ke separuh akhir Terbuka Australia

    MELBOURNE, 24 JAN  – Naib juara dua kali, Daniil Medvedev menewaskan Hubert Hurkacz untuk menuju ke separuh akhir Terbuka Australia pada hari ini ketika beliau semakin hampir memenangi Grand Slam kedua, mengakui ia telah ‘memusnahkan’ beliau secara fizikal.

    Pemain nombor tiga dunia Russia itu akhirnya menjinakkan pilihan kesembilan Poland itu 7-6 (7/4), 2-6, 6-3, 5-7, 6-4 dalam kepanasan di Rod Laver Arena selepas pertandingan yang berlangsung hampir empat jam.

    Beliau akan bertemu sama ada pilihan kedua Sepanyol Carlos Alcaraz atau pilihan keenam dari Jerman Alexander Zverev untuk tempat ke final Ahad ini.

    Memainkan perlawanan Grand Slam ke-100nya, Medvedev kini mara ke separuh akhir utama kelapan, tetapi hanya memenangi satu kejuaraan – di Terbuka Amerika Syarikat 2021.

    Beliau mara ke final di Melbourne pada 2021 dan 2022, tetapi tunduk kepada Novak Djokovic kemudian Rafael Nadal.

    “Saya sangat hancur sekarang,” katanya. “Sejujurnya saya sudah merasainya secara fizikal pada penghujung set kedua dan saya berkata untuk kekal kuat.

    “Set keempat saya tidak lagi fokus dan saya perlu mencuba yang terbaik untuk melakukan apa sahaja yang saya mampu.

    “Saya gembira kerana seperti ini saya berjaya menang.” – AFP

    Daniil Medvedev meraikan kejayaan selepas menewaskan Hubert Hurkacz semasa perlawanan suku akhir pada kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne, Australia, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...