Tuesday, April 1, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Megan Fox selamat bersalin anak perempuan

    Pelakon Hollywood, Megan Fox selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis. 

    “Dia (anak) akhirnya di sini. Benih syurga kecil kami,” katanya. 

    MGK berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

    Khabar gembira itu dikongsi oleh bekas teman lelakinya iaitu penyanyi rap Machine Gun Kelly (MGK) yang teruja menyambut kelahiran anak mereka. 

    Memetik laporan mStar, dalam perkongsian tersebut, MGK turut memuat naik sebuah video yang memaparkan tangan mungil anaknya itu sedang menggenggam jari telunjuknya. 

    Untuk rekod, Megan dan MGK mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2020 dan mengikat tali pertunangan dua tahun kemudian. 

    Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, Megan dilaporkan sudah berpisah dengan MGK selepas dua minggu mengumumkan kehamilannya. 

    Megan sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata lelaki perkahwinan bersama bekas suami iaitu Brian Austin Green. 

    Manakala MGK memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Casie yang lahir pada Julai 2009 hasil hubungan bersama atlet bola keranjang, Emma Cannon. – Agensi

    Megan melahirkan anak perempuan pada Khamis. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda