Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Megan Fox mudah jatuh cinta tapi tak pernah curang

    Pelakon Amerika, Megan Fox mendedahkan dia mudah jatuh cinta dengan lelaki lain ketika bergelar isteri kepada Brian Austin Green.

    Megan, 39, berkata, perasaan itu timbul mungkin disebabkan dia berkahwin dengan Brian pada usia muda selain tidak puas menikmati kehidupan bujang.

    Ini termasuk berkenalan atau bercinta dengan lebih ramai lelaki sehingga membuatkan dia sering jatuh cinta walaupun sudah bergelar isteri.

    “Saya mengaku memang saya mudah jatuh cinta dengan orang lain ketika masih bergelar isteri Brian.

    “Saya jatuh cinta sebab saya masih muda dan tidak mempunyai kebebasan penuh atau merasai kehidupan bujang,” katanya memetik laporan mStar.

    Megan akui waktu muda tidak bebas faktor mudah suka lelaki. – People.com

    Bagaimanapun tegas Megan, perkara itu sekadar perasaan dan tidak pernah bersikap curang terhadap Brian sehinggalah mereka bercerai tiga tahun lalu.

    Malah katanya, dia mula menjadi matang selepas melahirkan anak-anaknya iaitu Noah, Bodhi dan Journey.

    “Saya masih muda (ketika berkahwin) dan bila difikirkan saya tidak sepatutnya berada dalam hubungan dan komitmen sebagai isteri dan ibu.

    “Tapi kehadiran tiga cahaya mata kami benar-benar mengubah saya,” katanya yang masih mengekalkan hubungan baik dengan Brian.

    Sementara itu, Megan hanya memberi respons samar kepada hos podcast, Alex Cooper, apabila ditanya mengenai teman lelakinya iaitu penyanyi Machine Gun Kelly.

    Tetapi Megan mengesahkan ikatan pertunangan di antara mereka sudah berakhir.

    “Saya fikir apa yang saya pelajari daripada hubungan ini adalah ia bukan untuk tontonan umum,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...