Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Melarikan diri untuk mencari ketenangan

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Selaras dengan kecanggihan teknologi ketika ini, kebanyakan drama bersiri dari Amerika Syarikat (AS) cuba menampilkan kronologi yang berlainan daripada sebelumnya, sebagaimana yang telah dibuat dalam drama terbaharu dari AS iaitu Carnival Row.

    Bersesuaian dengan genre drama ini iaitu sains fiksyen dan juga realiti kehidupan, Carnival Row cuba menampilkan seuatu yang berlainan untuk tontonan orang ramai.

    Drama ini dicipta oleh Rene Echevarria dan Travis Beacham serta bakal disiarkan pada hari ini iaitu 30 Ogos di saluran Amazon Prime Video.

    Drama Carnival Row berdasarkan kepada sebuah skrip filem yang bertajuk A Killing on Carnival Row ditulis oleh Travis Beacham. Drama ini diarahkan oleh Jon Amiel dan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang sudah terkenal dalam industri hiburan AS iaitu Orlando Bloom dan juga Cara Delevingne.

    Apa yang menarik tentang drama ini, pihak Amazon telah mengumumkan bahawa Carnival Row bakal diteruskan untuk musim yang kedua sedangkan musim pertama belum lagi disiarkan.

    Drama sains fiksyen ini turut menampilkan Nathan Barr sebagai komposer bagi memperhebatkan lagi corak alunan irama bagi setiap kronologi.

    Plot ringkas

    Drama yang mempunyai lapan episod ini mengisahkan mengenai perjalanan sejenis makhluk magis (lakonan Cara Delevingne) yang telah melarikan diri dari tanah airnya setelah tanah airnya itu dibelenggu dengan konflik peperangan dan menetap di sebuah bandar yang dibebani dengan pergolakkan antara penduduk setempat dengan pendatang dari luar bandar tersebut.

    Di tengah-tengah klimaks drama ini, satu penyiasatan telah dilakukan bagi menyelesaikan satu kes pembunuhan di mana menyebabkan keamanan sukar untuk diraih sekali gus menambahkan lagi tekanan yang dialami.

    Dalam penyiasatan itu, Vignette bertemu dengan Rycroft lakonan Orlando Bloom sekali gus membangkitkan rasa sesuatu sesama mereka. Apakah dia, anda boleh saksikan aksi seterusnya dalam drama terbaharu dari AS, Carnival Row di saluran Amazon Prime Video.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda