Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Melly kumpul sumbangan untuk rakyat Palestin

    Prihatin nasib menimpa rakyat Palestin yang kini berdepan kekejaman Israel, komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw mengumpul wang sumbangan bernilai RM21,021 menerusi jualan barangan terpakai atau ‘preloved’.

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Melly atau nama sebenarnya, Meliana Cessy Goeslaw, 49, turut mengalu-alukan orang ramai tampil memberi sumbangan sebagai inisiatif membantu meringankan beban warga Palestin yang berdepan kekejaman rejim Israel.

    “Alhamdulillah, hasil daripada ‘preloved’ malam ini (semalam) sudah terkumpul RM21,021.

    “Masih ada pesanan yang masuk dan masih ada yang belum membuat pemindahan wang.

    “Terima kasih semua yang sudah belanja, setiap dari kita boleh dan mampu membantu saudara-saudara di Palestin.

    Melly kumpul wang sumbangan bernilai RM21,021 menerusi jualan barangan terpakai dalam IG. – Agensi

    “Kalau punya rezeki lebih, boleh salurkan rezekinya untuk mereka, jika tidak punya, masih ada doa yang boleh dilakukan oleh siapapun dan oleh agama apapun.

    “Tapi, kalau doa pun berat kau panjatkan untuk Palestin, setidaknya kamu hanya berdiam.

    Bersyukurlah keadaan kita jauh lebih baik dan lebih aman dari mereka,” tulisnya.

    Pada masa sama, penyanyi jolokan ‘The Queen of Soundtracks’ itu membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyerahkan barangan atau koleksi ‘preloved’ mereka untuk dijual.

    “Bagi mereka mempunyai ‘preloved’, tetapi tiada masa untuk menjualnya atau mungkin sedang sibuk, boleh serahkan kepada saya. Jika ramai yang serahkan, insya-Allah saya boleh ‘live’ di IG.

    “Sekali lagi terima kasih, esok (hari ini) saya maklumkan hasil terbaharu,” tulisnya.

    Tindakan murni Melly itu mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya termasuk rakan selebriti yang kagum dengan keprihatinannya terhadap warga Palestin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...