Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Meluncur bersama ular sawa, individu didenda AS$1,500

    SYDNEY, 18 SEPT – Seolah-olah ikan jerung belum cukup membimbangkan, seorang peluncur air dari Australia telah dilihat sedang mendayung dengan seekor ular sawa yang dililit di lehernya.

    Peluncur air yang berani itu telah menyebabkan kekecohan di Gold Coast, Australia selepas rakaman menunjukkan dia mendayung memecah ombak biru sambil membawa seekor ular sawa karpet peliharaannya.

    Namun, pihak berkuasa berkata dia tidak memiliki permit untuk membawa reptilia itu di tempat awam dan mendenda lelaki itu 2,322 dolar Australia (AS$1,500).

    “Untuk membawa haiwan keluar di khalayak ramai atau mempamerkannya memerlukan permit berasingan,” kata Jabatan Alam Sekitar dan Sains Queensland dalam satu kenyataan hari ini.

    “Ular jelas sekali merupakan haiwan berdarah sejuk, dan walaupun ia boleh berenang, reptilia secara amnya menjauhi kawasan perairan.

    “Ular sawa itu pasti berasa sangat sejuk, dan satu-satunya ular yang sepatutnya berada di lautan ialah ular laut.” – AFP

    Gambar The Straits Times

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...

    Korea S giat usaha kawal kebakaran hutan Inje

    SEOUL, 21 NOV - Pihak berkuasa Korea Selatan mengerahkan...

    Remaja Australia bawah 16 tahun dilarang guna Facebook, Instagram mulai 4...

    SYDNEY, 19 NOV - Warga Australia yang berumur bawah...

    Pelajar antarabangsa dilarang jual akaun bank, dokumen pengenalan

    CANBERRA, 19 NOV - Pihak berkuasa Australia hari ini...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...