Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar Korea

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Program Junior Study Camp merupakan sebuah program yang memberikan penekanan kepada pendidikan dan pertukaran yang mampu untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama serta persahabatan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

    Usaha itu juga mampu untuk meningkatkan serta memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran bagi pelajar-pelajar di Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), jelas Timbalan Pengetua LCB, S Sivarajah dalam ucapannya semasa Majlis Penutup LCB dan Junior Study Camp dari Korea Selatan yang berlangsung di Auditorium LCB, Bangunan LCB, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar yang menyertai program berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung-Eun.

    Turut hadir ialah Pengarah Abdul Razak Holdings, Haji Suhaimei Besar, pensyarah dan kakitangan LCB serta jemputan khas.

    Pada majlis berkenaan, S Sivarajah telah menyempurnakan penyampaian sijil pe-nyertaan kepada seramai 10 orang pelajar dari Korea Selatan yang mengambil bahagian dalam program berkenaan. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada para peserta program yang disempurnakan oleh TYT Kim Soung-Eun.

    TYT Kim Soung-eun, Haji Suhaimie dan S.Sivarajah bergambar-ramai dengan para peserta program Junior Study Camp from South Korea. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    S.Sivarajah menyampaikan sijil kepada para peserta program. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    TYT Kim Soung-eun menyampaikan anugerah kepada para peserta program. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Program Junior Study Camp dari Korea Selatan disertai oleh seramai 10 orang pelajar yang berusia 10 hingga 12 tahun di mana ia dihasratkan untuk melangkaui sempadan pembelajaran tradisional, menawarkan pengalaman transformasi yang menggabungkan gaya pembelajaran antarabangsa, pembangunan kemahiran dan memberikan pendedahan mengenai pembelajaran serta kehidupan di luar negara.

    Ia dikendalikan dengan kerjasama orga-nisasi-organisasi luar dari Korea Selatan di mana program amali itu memberikan peluang kepada para peserta untuk menjadi penyumbang utama kepada landskap pendidikan global yang dinamik.

    Sepanjang program itu, para peserta diberikan bimbingan oleh pensyarah-pensyarah LCB yang mempunyai pelbagai latar belakang di mana mereka menyertai sesi pem-
    belajaran yang meliputi mata pelajaran hospitaliti, sains komputer, seni kulinari dan kecekapan bahasa Inggeris yang memberikan keutamaan kepada aplikasi praktikal.

    LCB memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan intelektual dan peribadi sepanjang program berkenaan di mana para peserta juga mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan seperti menikmati kuih tempatan dan belajar perkataan bahasa Melayu asas.

    Selain itu, mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti membuat piza dan biskut yang ditawarkan oleh The Culinary School, yang memperkayakan lagi pengalaman para pelajar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...