Artikel ini merujuk kepada surat pembaca yang bertajuk ‘Tidak ada cara merawat pesakit dalam kesakitan’ oleh Treat Patients Better yang disiarkan dalam halaman Opinion Weekend Bulletin pada 8 Jun lalu, Kementerian Kesihatan (MoH) kesal dengan pengalaman ibu penulis dan meminta maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
MoH ingin menjemput penulis ke pejabat kami di Tingkat 4, Pusat Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendengar butir-butir kejadian yang berlaku dan mengetahui lebih lagi supaya kami boleh menyiasat perkara itu dengan lebih teliti. Penulis juga boleh menghubungi Hospital RIPAS menerusi talian perkhidmatan pelanggan Hospital RIPAS di 2242424 sambungan 7494/7461.
Kami tidak sabar untuk mendapatkan maklum balas dari penulis tatkala kami berusaha untuk mempertingkat dan mengekal standard perkhidmatan tinggi yang ditawarkan oleh MoH.
Kami mempelawa orang awam supaya menghubungi secara terus menerusi Darussalam hotline 123; e-mel di corp_comms@moh.gov.bn atau layari Facebook/Instagram @NOHBrunei, untuk sebarang urusan atau maklum balas. – Kementerian Kesihatan