Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menara telekomunikasi bakal dibina di Pulau Sipadan

    SEMPORNA, 2 OKT – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan, dekat sini.

    Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata pembinaan menara itu, dijangka dimulakan sebelum akhir tahun ini dan setelah siap, empat syarikat telelomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile, akan menyediakan perkhidmatan di pulau itu.

    “Perkhidmatan Internet dengan lingkungan kelajuan 35mbps akan dapat disediakan untuk pelancong dan pos keselamatan di Sipadan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Selain kawasan pelancongan, menurutnya berdasarkan pengalaman bertugas sebagai Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), pos keselamatan juga dilihat penting untuk dilengkapkan dengan kemudahan internet.

    “Memang penting ada perkhidmatan telekomunikasi disediakan, bagi memudahkan anggota keselamatan supaya mereka boleh berhubung secara terus serta cepat,” katanya.

    Sementara itu, katanya SKMM akan turut membina tiga menara telekomunikasi di Pulau Bum Bum serta sebuah di Pulau Pababag di sini, bagi meningkatkan capaian Internet di kawasan berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda