Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mencari identiti sebenar

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Drama Golden Garden merupakan sebuah drama terbaharu dari Korea Selatan yang mula disiarkan beberapa minggu yang lalu di saluran MBC.

    Drama bertemakan kepada percintaan ini diarahkan oleh Lee Dae Young, manakala skrip pula ditulis oleh Park Hyeon Ju.

    Golden Garden dibintangi oleh Hang Ji Hye sebagai Eun Dong Joo, Lee Sang Woo sebagai Cha Pil Seung, Oh Ji Eun sebagai Sa Bi Na, Lee Tae Sung sebagai Choi Joon Ki dan banyak lagi.

    Drama Golden Garden merupakan drama hujung minggu yang terbaharu dari MBC dan disiarkan setiap hari Sabtu. Drama ini menggantikan drama sebelumnya iaitu Marry Me Now yang sudah berakhir baru-baru ini.

    Plot ringkas

    Eun Dong Joo (lakonan Han Ji Hye) berusaha untuk mendapatkan kembali kehidupannya yang telah dirampas. Ketika dia masih berumur 6 tahun, Eun Dong Joo telah dibuang di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

    Eun Dong Joo tidak ingat apa pun melainkan namanya. Walaupun dia terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak menentu dan berdepan dengan kesukaran, namun Eun Don Joo membesar menjadi seorang wanita yang mempunyai keperibadian yang ceria, cantik dan juga positif.

    Cha Pil Seung (lakonan Lee Sang Woo) pula merupakan seorang detektif yang sangat hebat dalam menjalankan pekerjaannya. Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih lagi muda dan dijaga oleh neneknya yang terkenal dengan kekayaannya.

    Cha Pil Seung sangat terkenal di mata para wanita namun dia tidak mahu jatuh cinta dengan mana-mana wanita kerana trauma dengan kejadian yang pernah menimpa kedua-dua ibu bapanya.

    Apakah kisah selanjutnya, anda boleh mengetahuinya dengan menyaksikan drama terbaharu dari Korea Selatan, Golden Garden yang disiarkan dalam saluran MBC.

    Apakah kisah selanjutnya, anda boleh mengetahuinya dengan menyaksikan drama terbaharu dari Korea Selatan, Golden Garden yang disiarkan dalam saluran MBC.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda