Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Meninggal dunia selepas tiga hari dirempuh lembu

    GUA MUSANG, 25 FEB – Seorang peniaga kuih yang mengalami kecederaan parah pada kepala selepas motosikal dinaikinya dirempuh seekor anak lembu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, Rabu lepas, meninggal dunia awal pagi ini.

    Fazleeen Mohd Yusoff, 31, menghembuskan nafas terakhir pada 1:10 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata ketika kejadian mangsa dan suami, Nik Amdan Mohd Ali, 28, bersama anak mereka Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4, dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3.

    “Setibanya di tempat kejadian seekor anak lembu secara tiba-tiba telah melintas jalan dan melanggar hadapan motosikal jenis Honda RS 150 R yang dinaiki keluarga terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sik berkata susulan itu mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke HUSM. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...