ICELAND – Perjalanan panjang ke Grimsey bukanlah satu laluan yang mudah. Ia bermula di Reykjavik, tetapi sebelum sampai ke Dalvik dan perairan sejuk Bulatan Artik, yang mengalir ke selatan dan timur, seolah-olah Iceland ingin menayangkan pemandangannya terlebih dahulu.
Bagi Andrew Tan, peminat fotografi Malaysia yang berpangkalan di Singapura dan dua rakannya, persinggahan itu sukar untuk ditolak.
Misi sebenar mereka terletak di koloni burung pufin di Pulau Grimsey, tetapi jalan ke selatan menawarkan keajaiban yang membuatkan mereka berhenti sejenak.
Mereka memandu keluar dari ibu kota di bawah langit pagi, kereta yang sarat dengan tripod dan kanta telefoto.
Iceland mengalu-alukan mereka dalam renyai hujan dan sinaran cahaya di sebalik cerun berlumut.






Dalam beberapa jam, mereka berdiri di belakang Seljalandsfoss, airnya jatuh, membasahi pakaian mereka dalam perjalanan beberapa batu di hadapan.
Skogafoss merupakan lokasi seterusnya.
Di Reynisfjara, pantai pasir hitam terbentang ke ufuk, gunung berapinya berkilauan.
Di laut, timbunan basalt meningkat dalam tiang bergerigi, jenis seni bina yang tiada manusia berani untuk mereka bentuk.
Namun, jalan itu menarik mereka ke timur, ke arah Jokulsarlon, di mana bongkah ais hanyut, bercahaya seperti kaca katedral, beberapa di antaranya bersinar biru.
Lebih jauh ke hadapan, Vestrahorn menjulang ibarah belakang naga daripada batu gelap yang berlatarkan langit yang sentiasa berubah.
Setiap perhentian pastinya ada godaan, setiap selekoh satu jerat untuk mata jurugambar. Negara itu ‘berbisik’: Singgahlah di sini, lupakan perjalanan ke utara, lupakan burung pufin itu.
Tetapi perjalanan di Iceland tidak boleh diakhiri, ia hanya boleh ditinggalkan.
Jadi mereka berpatah balik ke arah Reykjavik dan memulakan perjalanan sebenar ke utara.
Di Reykjavik, tanahnya berbeza. Jalan Ring terbentang dalam lengkungan panjang melalui lembah di mana biri-biri menghiasi cerun.
Kampung demi kampung dilalui seperti Borgarnes, Blonduos, Varmahlio, nama yang cukup unik seperti berbisik di udara.
Apabila mereka tiba di Akureyri, bahagian udara semakin sejuk menjadi sesuatu yang lebih Artik daripada Atlantik.
Bot-bot pemerhati ikan paus keluar dari pelabuhan dengan perbualan pelancong, tetapi mereka telah membuat perhentian perjalanan untuk memulihkan semula tenaga.
Di Gooafoss, deras air putih menderu di atas basalt dalam dua sayap lebar – air terjun para dewa, mengingatkan kepada mereka terhadap penghuni di tempat itu.
Dalvik akhirnya menjelma, sebuah pekan nelayan di mana jalannya seolah-olah tidak wujud lagi.
Kemudian di laut. Mereka menaiki sebuah bot, yang direka untuk melakukan tugas yang berat, badan kapalnya berparut akibat mengangkut ikan dan barang selama bertahun-tahun.
Penyeberangan mengambil masa tiga jam antara ujian dan ganjaran, dengan ombak yang beralun dan tiupan angin.
Andrew berdiri dengan kameranya disimpan, menghirup udara masin. Dia tidak memikirkan glasier atau air terjun sekarang, tetapi hanya tentang seekor burung laut kecil dengan paruh yang penuh dengan ikan.
Grimsey ialah tempat Iceland berakhir dan Bulatan Artik bermula, sebuah pulau yang sempit dan cerun di mana puluhan ribu pufin berkumpul.
Tebing-tebing bergema dengan bunyi panggilan mereka. Dari laut, burung-burung itu meluncur masuk bagaikan anak panah, kepakan sayapnya berdengung.
Tubuhnya yang comel mungkin kelihatan lucu pada pandangan pertama, tetapi ketepatan gerakannya membuatkan kami terpegun.
Julai merupakan musim penting, setiap selaman ke Atlantik yang sejuk membawa balik belut pasir, herring atau capelin, disusun bersilang pada sayapnya.
Andrew memasang kameranya menghadap cahaya yang sentiasa berubah. Dia menunggu.
Burung-burung itu tidak mengenal penat lelah dan jam berlalu dalam keheningan yang dipecahkan oleh bunyi dari tangkapan kamera. Kesabaran sebahagian daripada aktiviti itu.
Dan kemudian, pufin naik dari laut, sayapnya berkepak pantas, paruh bersinar dan mata yang cerah. Manakala di laut, ikan memancarkan cahaya berkilauan. Andrew menekan butang kamera.
Malam itu, di sebuah rumah tamu dengan dinding ditiup angin, gambar itu terpampang pada skrinnya kelihatan paruh pufin dipenuhi ikan, mata tajam dan tegas.
Bagi burung itu, ia hanyalah naluri tapi bagi sang jurufoto, ia sebuah kembara rohani yang sudah disempurnakan. – ANN/The Star

