Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Atlantik berdepan musim taufan ‘luar biasa’

    WASHINGTON, 24 MEI – Musim taufan Atlantik Utara, yang bermula pada 1 Jun, diramalkan bersifat ‘luar biasa’, dengan tujuh ribut Kategori 3 atau lebih tinggi dijangkakan, kata agensi cuaca NOAA Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    Taufan Kategori 3 membawa kelajuan angin melebihi 178 kilometer sejam dan mendatangkan kerosakan yang dahsyat pada rumah, menumbangkan pokok dan sering memutuskan bekalan elektrik dan air selama beberapa hari atau minggu.

    “Musim ini nampaknya akan menjadi musim yang luar biasa dalam beberapa cara,” kata Rick Spinrad dari Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, yang memetik suhu dan keadaan lautan Atlantik yang panas berkaitan fenomena cuaca La Nina di Pasifik atas peningkatan dalam kejadian ribut taufan.

    Ia menyatakan bahawa perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia sedang memanaskan lautan dan mencairkan ais di darat, mengakibatkan kenaikan paras laut yang memburukkan lagi kejadian ribut.

    “Ramalan untuk ribut yang dinamakan taufan dan hurikan besar adalah yang tertinggi yang pernah dikeluarkan oleh NOAA untuk ramalan Mei,” kata Spinrad. “Ia hanya memerlukan satu ribut taufan untuk memusnahkan sebuah komuniti.”

    Menurut agensi itu, antara 17 dan 25 ribut yang dinamakan secara keseluruhan boleh berkembang dengan angin melebihi 39 batu sejam, termasuk lapan hingga 13 ramalan untuk mencecah kekuatan taufan.

    “Ia sudah tentu membimbangkan tetapi tidak perlu panik,” kata Pengarah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaann, Ken Graham, ketika beliau menggesa rakyat AS untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan ketibaan ribut taufan. – AFP

    Orang ramai membersihkan serpihan selepas Taufan Ian di Pantai Fort Myers, Florida pada 30 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...