Tuesday, May 28, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Menteri China, Iran bincang situasi Asia Barat

    BEIJING, 16 APRIL – Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar China, Wang Yi menghubungi Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian melalui telefon, kelmarin.
     
    Hossein Amir-Abdollahian telah menjelaskan pendirian pihaknya membabitkan peristiwa bangunan kedutaan Iran di Syria diserang pada 1 April lepas.
     
    Beliau menegaskan pihaknya bersedia untuk mengambil sikap bertenang dan tidak mahu melihat situasi menjadi lebih meruncing.
     
    Wang Yi menyatakan bahawa China mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kedutaan Iran di Syria dan menganggap insiden tersebut mencabuli undang-undang antarabangsa secara serius dan tidak boleh diterima.
     
    Wang Yi berkata menurut kenyataan pihak Iran, tindakan yang diambilnya adalah terhad dan sebagai tindak balas ke atas serangan kedutaannya.
     
    China menghargai penekanan Iran yang tidak menyasarkan negara serantau dan negara jiran dan berpegang teguh pada dasar bersahabat dengan jiran.
     
    Wang Yi berkata China percaya Iran dapat mengendalikan keadaan semasa dan mengelakkan pergolakan selanjutnya di samping menjaga kedaulatan dan maruahnya.
     
    Wang Yi turut menyatakan bahawa situasi semasa adalah kesan limpahan daripada peningkatan konflik di Gaza. Adalah mustahak untuk melaksanakan resolusi 2728 Majlis Keselamatan dan menyegerakan gencatan senjata di Gaza demi melindungi orang awam dan mencegah bencana kemanusiaan yang lebih teruk. – Bernama
     
    Gambar menunjukkan kereta kebal Israel bergerak di sepanjang sempadan dengan wilayah Palestin kelmarin, di tengah konflik berterusan di antara Israel dan kumpulan Hamas. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Burung tropika dikesan di tasik tanah lembap utara China

    HOHOT, 27 MEI – Flamingo besar, yang biasanya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, baru-baru ini dikesan buat pertama kali di Tasik Ulan Suhai...