Tuesday, May 21, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Taklimat pastikan penyimpanan rekod perniagaan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Dengan matlamat untuk memastikan peniaga-peniaga memahami dan mematuhi peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan kerjasama Brunei Darussalam Institute of Certified Public Accountants (BICPA) mengadakan sesi taklimat yang berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada 3 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah di Bahagian Hasil, MOFE, Haji Mohammad Hassenol bin Haji Abdul Rahman yang antara lain telah menjelaskan berhubung keperluan bagi setiap entiti perniagaan di Negara Brunei Darussalam untuk menyimpan rekod-rekod perniagaan dengan teratur sekurang-kurang untuk tempoh lima tahun selaras dengan Akta Penyimpanan Rekod (Perniagaan), Penggal 249.

    Turut menyampaikan taklimat pada sesi berkenaan ialah ahli Majlis BICPA, Haji Shazali bin Tan Sri Haji Sulaiman yang menekankan mengenai keperluan penyimpanan buku dan faedah penyediaan penyata Kewangan yang akan membantu pemilik perniagaan dalam membuat perancangan kewangan yang teratur, membuat keputusan kewangan bagi perniagaan dan menarik pelabur-pelabur berpotensi.

    Taklimat diadakan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada 3 April lalu. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...