Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Menteri Hal Ehwal Ugama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Islamic Religious Advisor to Chiefs of the Defence Staff and Service Chiefs, United Kingdom (UK), Imam Asim Hafiz di Bilik Dhiyafah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Jalan Dewan Majlis.
Imam Asim Hafiz melawat negara ini dari 6 hingga 7 Jun lalu dan diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe; CAPLE MSc Royal Navy, Captain Jonathan dan Royal Air Force, UK, Sarjan Wazeeha Laher.
Kunjungan bertujuan mengetahui fungsi KHEU dalam memperkembangkan perkhidmatan hal ehwal agama Islam di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.