Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Menteri Infrastruktur Argentina dipecat

    MOSCOW, 26 JAN – Presiden Argentina, Javier Milei memecat Menteri Infrastruktur, Guillermo Ferraro yang disyaki membocorkan maklumat dengan sengaja selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini, lapor Sputnik memetik media tempatan hari ini.

    Selepas pemecatannya, Kementerian Infrastruktur mungkin kehilangan status bebas dan diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi negara itu, lapor akhbar Argentina, La Nacion.

    Sementara itu, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung pemecatan Ferraro setakat ini.

    Semasa pertemuan dengan menteri-menteri kabinet baru-baru ini, Milei didakwa mengancam untuk ‘memecat’ gabenor sekiranya wakil-wakil daerah enggan menyokong pembaharuannya di Parlimen, lapor media Argentina kelmarin, memetik maklumat yang bocor.

    Pada Disember 2023, Milei menandatangani dekri kecemasan yang mencadangkan pembaharuan membabitkan semua sektor ekonomi dan sosial, termasuk melanjutkan tempoh percubaan pekerja kepada lapan bulan, menghapuskan beberapa denda untuk majikan dan pemansuhan dana insurans pengangguran. Kesatuan pekerja menentang cadangan itu di mahkamah.

    Dekri darurat itu berkuat kuasa hanya beberapa hari selepas ditandatangani, tetapi masih memerlukan sokongan Ahli Parlimen. Semasa Parlimen mengkaji semula dekri terbabit, ia dianggap telah berkuat kuasa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...