Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Menteri-menteri luar ASEAN puji komitmen, komunikasi terbuka antara Biden-Xi

    JAKARTA, 22 NOV – Menteri-menteri Luar ASEAN menyambut baik pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping pada 15 November di Woodside, California baru-baru ini.

    Dalam satu kenyataan, menteri-menteri berkenaan memuji komitmen kedua pemim-pin terbabit bagi komunikasi terbuka dan pengurusan hubungan yang bertanggungjawab selepas pertemuan sebelum ini di Bali pada November 2022.

    Mereka menyatakan bahawa kedua-dua negara sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif ASEAN dipuji kerana komitmen mereka terhadap prinsip utama, nilai bersama dan norma antarabangsa yang digariskan dalam  pelbagai perjanjian.

    Ini termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, Deklarasi Sidang Kemuncak Asia Timur atau Deklarasi Bali dan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).

    Menteri-menteri itu juga menyatakan persetujuan bersama dalam memperkukuh kerangka serantau yang terbuka, telus, berdaya tahan dan inklusif berpaksikan undang-undang antarabangsa.

    Mereka menekankan kepentingan ASEAN, berpandukan prinsip dan tujuan serta kepentingan membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan negara-negara serantau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...