Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri OPEC+ adakan pertemuan bincang strategi pengeluaran

    VIENNA, 2 OKT – Menteri-menteri minyak OPEC+ akan bertemu di Vienna pada 5 Oktober untuk membincangkan mengenai strategi pengeluaran masa depan, menurut kenyataan dikeluarkan organisasi itu pada Sabtu.

    Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC+ itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19, lapor Xinhua.

    Pelabur menunggu keputusan mesyuarat OPEC+ minggu depan, berikutan kejatuhan harga minyak baru-baru ini disebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dan penguncupan permintaan.

    Kedua-dua minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent merosot daripada paras tertinggi lebih AS$120 setong pada Jun kepada kira-kira AS$80 setong.

    OPEC+ yang terdiri Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, mengurangkan pengeluaran minyak secara besar-besaran pada 2020 apabila pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda