Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Menu emas KFC sempena TBC 2022

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2022, KFC Brunei telah melancarkan menu emas khas kegemaran ramai, The Golden Egg Crunch.

KFC juga memperkenalkan kembali KFC Celebration Bucket bersama hidangan sampingan baharu, KFC Broccoli Cheese Balls.

Kelmarin, pengamal media berpeluang merasakan hidangan berkenaan semasa sesi Food Testing di KFC Kiulap.

KFC Golden Egg Crunch merupakan hidangan benar-benar menyelerakan dengan gabungan ramuan Golden Leaf Seasonings khusus iaitu telur asin, empingan cili, empingan parsli dan serbuk bawang putih yang merupakan ayam Hot & Spicy signature sepenuhnya.

Sementara itu, KFC Broccoli Cheese Balls adalah bebola emas yang rangup di luar dengan tekstur istimewa di mana brokoli segar disalut dengan keju lembut dan cair dalam mulut.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati melalui beberapa pilihan iaitu kombo dua ketul dan tiga ketul.

Pada masa yang sama, KFC Celebration Bucket yang dihidangkan bersama Broccoli Cheese Balls boleh didapati dalam kombo lima ketul dan sembilan ketul, manakala KFC Broccoli Cheese Balls boleh didapati secara ala carte.

Orang ramai yang ingin mencuba peluang keemasan ini bolehlah mengunjungi mana-mana cawangan KFC atau menempah melalui KFC Deliveryz Self Collect, atau pandu lalu untuk pesanan yang lebih cepat, mudah dan selamat.

Ayam Golden Egg Crunch yang kini boleh didapati di kesemua cawangan KFC.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -