Saturday, December 21, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Merapi meletus, lahar panas mengalir

    JAKARTA, 27 JULAI – Lahar panas mengalir sekitar 1.8km dari kawah gunung berapi Merapi di Indonesia yang meletus berulang kali hari ini.

    Menurut Pegawai Pusat Pemantauan Gunung Merapi, Yulianto, asap dari kawah gunung itu meletus setinggi 350 meter dari atas puncak.

    Penduduk di sana turut dinasihatkan untuk menjauhi sekitar radius 7km di sektor barat daya dan 5km di sektor tenggara dari puncak gunung, serta mengelakkan kawasan sungai yang tempat air mengalir dan bermuara dari gunung tersebut.

    Terletak di wilayah Yogyakarta dan Jawa Tengah, Merapi kini berada dalam bahaya tahap ketiga. Bahaya yang mungkin berlaku termasuklah runtuhan lahar dan gumpalan awan panas. – Xinhua

    Gambar fail 12 Julai menunjukkan Gunung Merapi. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda