Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Merdeka Ride HK40 meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Seramai 25 orang ahli Kelab Motosikal KEKAL Daerah Tutong telah mengadakan konvoi Merdeka Ride HK40 dengan membawa bendera kecil Negara Brunei Darussalam menyusuri Lebuhraya Tutong Kuala Belait.

    Menurut kelab berkenaan, konvoi pada 23 Februari lau itu diketuai oleh Yang Dipertua, Awang Samsudin bin Haji Lani.

    Pada tahun ini, di Kuala Belait, AG Bikers & NSMG Bikers menyambut ketibaan konvoi di Menara Cendera Kayangan untuk sesi bermuzakarah dan bergambar ramai dengan membuat corak nombor 40.

    Menurut Awang Samsudin, objektif konvoi adalah untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan ahli serta rakan biker untuk menyemarakkan lagi suasana hari yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat iaitu HK-40.

    Ahli konvoi bergambar ramai semasa acara Merdeka Ride HK-40. – GAMBAR SERAHAN KELAB MOTOSIKAL KEKAL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...