Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tingkat kelestarian alam sekitar mampan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menerima kunjungan muhibah daripada Presiden Institut Penyelidikan Ekonomik bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Tetsuya Watanabe di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KSSUP, di sini, semasa perjumpaan itu, KSSUP merakamkan penghargaan atas sokongan dan kolaborasi yang diberikan oleh ERIA dalam mengendalikan analisis jurang dan pengesahan data Inventori Sumber Hutan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam untuk memastikan perolehan data asas stok karbon yang tepat selaras dengan standard antarabangsa.

    Usaha itu akan menjadi sebuah peralatan berharga bagi pembuatan keputusan bermaklumat dalam merangka amalan-amalan pembangunan mampan termasuk pengurangan perubahan iklim yang selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei (BNCCP) dalam mencapai matlamat pengeluaran pelepasan dan menandakan langkah signifikan ke arah memupuk amalan alam sekitar mampan dan menyumbang kepada usaha global dalam menangani perubahan iklim.

    Semasa kunjungan berkenaan, Presiden ERIA telah diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah bagi Hal Ehwal ASEAN dan Asia Timur, Daisuke Tsukao; Penasihat Kanan kepada Presiden bagi Hal Ehwal Alam Sekitar, Michikazu Kojima; Setiausaha Eksekutif kepada President dan Rakan Penyelidik, Tomy Waskitho; Pengarah Inovasi dan Strategi Penyelidikan, Venkatachalam Anbumozhi; Rakan Dasar Pejabat Presiden, Naoto Okura; serta Penasihat ERIA, Okouchi Hiroshi.

    Turut hadir semasa kunjungan itu ialah Pengarah Jabatan Perhutanan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim serta pegawai-pegawai KSSUP.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai bersama Tetsuya Watanabe. – GAMBAR SERAHAN KSSUP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...