Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Meryl Streep, suami bawa haluan sendiri

    Selepas 45 tahun berumah tangga, bintang Hollywood, Meryl Streep mengumumkan berpisah dengan suami, Don Gummer.

    Menurut BH Online, bintang filem Devil Wears Prada itu dikatakan sudah hidup berasingan, lebih enam tahun lalu.

    “Gummer dan Streep memilih membawa haluan sendiri sejak lebih enam tahun lalu. Biarpun sudah tidak lagi hidup bersama, mereka masih ambil berat antara satu sama lain,” kata sumber kepada agensi.

    Berita itu mengejutkan peminat Streep berikutan ketika menghadiri acara Princess of Asturias Awards 2023, baru-baru ini, beliau dilihat masih memakai gelang perkahwinan.

    Kali terakhir Streep dan bekas suami dilihat bersama adalah ketika menghadiri acara Anugerah Akademi (Oscar) pada 2018, lapor agensi.

    Streep dikatakan sudah hidup berasingan, lebih enam tahun lalu. – AFP

    Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata dan lima cucu.
    Streep dan Gummer bertemu selepas diperkenalkan abang pelakon itu, Harry, pada 1978.

    Ketika itu, pemenang trofi Aktres Terbaik Oscar sebanyak tiga kali ini meratapi pemergian teman lelakinya, John Cazale, akibat kanser paru-paru.

    Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun sama dan tidak pernah berkongsi kisah peribadi kepada peminat, lapor agensi.

    Pada 2002, melalui temu bual dengan majalah Vogue, Streep dilaporkan membuka mulut mengenai status perkahwinannya.

    Streep turut berkongsi rahsia perkahwinan iaitu saling bekerjasama, akur kehendak pasangan dan menyimpan rahsia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...