Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesej tular bantuan kebajikan disiasat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Berikutan penyebaran mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk menda-patkan bantuan kebajikan bulanan sebanyak $350 melalui pautan https://Bantuankerajaannpercumaa.my.id/d42elq, sehubungan itu Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ingin memaklumkan orang ramai bahawa kes ini di bawah siasatan Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Dalam hubungan ini, JAPEM ingin mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih, apatah lagi yang palsu dan direka oleh mereka yang semata-mata berniat untuk mengelirukan merupakan satu kesalahan dan boleh dilaporkan di bawah perundangan Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah, yang menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjarakan tiga tahun atau denda sebanyak $3,000 atau kedua-duanya sekali.

    Oleh yang demikian, orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut bolehlah menghubungi JAPEM, melalui Talian Kebajikan 141 yang beroperasi 24 jam jika ingin melaporkan sebarang isu dan hal ehwal yang berkaitan dengan kebajikan orang awam.

    Platform rasmi ini adalah untuk memastikan maklumat yang diberikan dan sebarang perkara yang diadukan akan diambil tindakan dengan segera dan berkesan, serta bagi mengelakkan daripada penyebaran berita-berita palsu dan maklumat yang tidak sahih yang boleh mengganggu ketenteraman awam yang juga boleh disalahgunakan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...