Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi pamer aksi cemerlang di Inter Miami

    FORT LAUDERDALE, 23 JULAI – Lionel Messi memulakan kariernya di Amerika Syarikat (AS) dengan menjaringkan gol kemenangan saat akhir dalam perlawanan sulungnya untuk Inter Miami, awal pagi kelmarin.

    Pada minit keempat masa kecederaan, ketika aksi Piala Liga mementang kelab Mexico terikat 1-1, Messi meledak gol cantik menerusi sepakan percuma dengan menggunakan kaki kirinya.

    Stadium DRV PNK Miami yang mempunyai kapasiti 20,000 tempat duduk, tidak dapat menampung kehadiran penyokong dengan ada yang cuba memasuki ke padang
    sebelum ditahan oleh anggota keselamatan.

    Miami dan Major League Soccer berharap kedatangan pemenang Piala Dunia Argentina itu yang turut dilabel pemain terhebat sepanjang zaman akan memberi impak besar kepada sukan itu di AS.

    Pemain tengah Sepanyol, Sergio Busquets yang juga bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, turut menyerlah pada perlawanan itu selepas dimasukkan pada minit ke-54.

    Busquets menunjukkan tahap persefahaman yang baik dengan Messi selepas lebih dua tahun terpisah antara satu sama lain.

    “Saya tahu saya perlu menjaringkan gol kerana ketika itu sudah di hujung permainan. Saya mahu menjaringkan gol supaya kami tidak diheret ke penentuan penalti.

    “Ia sangat penting bagi kami untuk mendapatkan kemenangan ini. Ia akan memberikan kami keyakinan lebih tinggi untuk menghadapi cabaran selepas ini,” kata Messi. – AFP

    Reaksi Lionel Messi selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan menentang Cruz Azul di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda