Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat bincang perkembangan terkini BIMP-EAGA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Mesyuarat Perancangan Strategik dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan BIMP–EAGA (SPM / SOM) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Rendah, Jabatan Perdagangan dan Industri, Republik Filipina, Janet M Lopoz telah diadakan melalui persidangan video pada 28 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, mesyuarat itu dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan pengerusi-pengerusi kluster dari negara-negara ahli BIMP-EAGA, BIMP-EAGA Facilitation Centre, Bank Pembangunan Asia dan Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.

    Pada mesyuarat berkenaan, Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin dan pegawai-pegawai di Bahagian Perdagangan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Mesyuarat itu mengambil maklum penerangan yang disampaikan oleh pengerusi-pengerusi dari lapan Kluster BIMP-EAGA iaitu Transport, Trade and Investment Facilitation, ICT, Power and Energy Infrastructure, Agribusiness, Tourism, Environment and Socio-Cultural Education yang melaporkan antara lain deliverables dan pelan pelaksanaan bagi 2022, senarai projek-projek 2020-2022, projek pertumpuan dan projek-projek keutamaan infrastruktur (PIPs). Mesyuarat juga memberikan beberapa panduan dan saranan antara lainnya untuk memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan koordinasi, menyokong inisiatif yang memfokuskan kepada teknologi hijau dan bersih serta persekitaran yang mampan, menggunakan Framework of Circular Economy of ASEAN Economic Community sebagai panduan dan menyokong projek ke arah pemulihan sektor pelancongan.

    Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum mengenai perkembangan terkini dan juga membincangkan tindakan lanjut berhubung dengan kerjasama bersama Rakan Pembangunan BIMP-EAGA terutamanya mengenai pelaksanaan projek dan inisiatif dengan Republik Rakyat China dan Republik Korea.

    Mesyuarat juga membincangkan kemungkinan penandatangan Framework of Economic Cooperation dengan Jepun serta konsultasi lanjut dengan Australia mengenai cadangan untuk menjadi Rakan Pembangunan BIMP-EAGA.

    Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai Mesyuarat Menteri-menteri
    BIMP-EAGA ke-25 dan mesyuarat berkaitan yang akan diadakan pada 23 hingga 26 November 2022 di Pontianak, Indonesia.

    Mesyuarat tersebut dihadiri para pegawai kanan dan pengerusi-pengerusi kluster dari negara ahli BIMP-EAGA, BIMP-EAGA Facilitation Centre, Bank Pembangunan Asia dan Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA yang diadakan secara maya. – Gambar serahan MOFE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda