Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang persiapan Jambori Nasional ke-5

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    TUTONG, 29 OKT – Bagi membincangkan mengenai kegiatan-kegiatan yang akan dijalankan semasa Jambori Nasional ke-5 yang akan diadakan pada Disember depan, mesyuarat kedua jawatankuasa tertinggi telah diadakan di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, kelmarin.

    Turut dibincangkan adalah mengenai kemas kini status tindakan daripada agensi-agensi yang akan terlibat dan perjalanan atur cara majlis pembukaan dan penutup rasmi jambori.

    Mesyuarat telah dipengerusi oleh Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Hadir sama ialah wakil Pemangku Pegawai Daerah Tutong, dan Ketua Pesuruhjaya PPNBD, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja Jambori Nasional ke-5.

    Turut hadir ialah wakil-wakil agensi kerajaan yang akan sama-sama menjayakan jambori berkenaan.

    Mesyuarat kali ini juga memfokuskan kepada laporan-laporan perkembangan dan persiapan yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa kerja.

    Jambori berkenaan merupakan kegiatan perkhemahan yang dihasratkan mengumpulkan ahli-ahli pengakap dari dalam dan luar negara dan bakal diadakan di Bukit Bendera berhampiran dengan Kompleks Sukan Daerah Tutong dan Ibu Pejabat Pejabat Persatuan Pengakap Daerah Tutong pada 2 hingga 7 Disember depan.

    PPNBD juga telah menyusun kegiatan-kegiatan yang dapat menjadi daya tarikan bagi peserta yang terdiri daripada ahli pengakap Tunas, Muda dan Remaja.

    Aktiviti yang dirancang meliputi enam tema utama antaranya kemahiran kepengakapan, kebudayaan dan permainan, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain mengadakan lawatan, melakukan aktiviti keagamaan dan kegiatan rutin dan kegiatan air.

    Dato Paduka Ar Haji Idris semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    Antara yang hadir pada mesyuarat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...