Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat GEIDCO fokuskan transformasi hijau

    NEW YORK, 11 JULAI – Organisasi Pembangunan dan Kerjasama Kesalinghubungan Tenaga Sejagat (GEIDCO), delegasi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa agensi PBB bersama-sama mengadakan mesyuarat bertemakan kesalinghubungan tenaga sejagat pada Rabu.

    Mesyuarat sempena Forum Politik Peringkat Tinggi Pembangunan Mampan PBB itu turut mengeluarkan Laporan Penyelidikan Indeks Pembangunan Tenaga Elektrik Sejagat.

    Pengerusi Perhimpunan Agung PBB ke-78, Dennis Francis ketika berucap pada mesyuarat itu berkata mewujudkan sasaran setiap individu boleh memperoleh tenaga yang boleh tanggung menjelang 2030 tetap menjadi tugas utama PBB.

    Wakil tetap China ke PBB, Fu Cong menyatakan bahawa pelaksanaan Agenda 2030 di lingkungan sejagat tidak memenuhi jangkaan dan pelbagai negara perlu mempertahankan multilateralisme yang benar, menyingkirkan unilateralisme, perlindungan dan rintangan hijau serta bertindak mendorong sistem tadbir urus tenaga sejagat ke arah adil, rasional, seimbang dan inklusif.

    Turut hadir ialah Ketua Pengarah Program Pembangunan PBB (UNDP), Achim Steiner dan Pengerusi GEIDCO, Xin Baoan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda