Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico buru komando kartel dadah

    VILLA UNION, 3 DIS – Pasukan tentera Mexico memburu komando kartel dadah yang mendalangi pertempuran berdarah di pekan berhampiran sempadan Amerika Syarikat yang meragut 22 nyawa termasuk 16 penyerang.

    Kejadian itu sekali gus memberikan aib besar kepada Presiden Andres Manuel Lopez Obrador. Sekurang-kurangnya 60 lelaki bersenjata menyerang bandar raya kecil Villa Union di utara Mexico hujung minggu lalu, menyerbu pekan berkenaan dengan kenderaan pacuan empat roda dilengkapi senjata berat dan menembak puluhan rumah sebelum menyerang dewan bandar raya, menjadikan tujuh orang sebagai tebusan, termasuk lima kanak-kanak.

    Pegawai bertindak balas dengan menghantar tentera, Pengawal Negara dan polis, mencetuskan siri berbalas tembakan pada Sabtu dan kelmarin, menyebabkan 22 terbunuh; dua kakitangan bandar raya, empat anggota polis dan 16 penyerang, menurut pihak berkuasa di negeri Coahuila. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda