Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico tawar program psikologi

    MEXICO, 2 Okt – Kerajaan Mexico melancarkan program sokongan psikologi bagi menumpukan kepada mangsa terjejas akibat bencana empa bumi berukuran 7.1 magnitud yang menggegarkan bandar raya itu pada 19 September lepas.

    Ahli majlis bandar raya Miguel Angel Mancera berkata, projek berkenaan khusus untuk kanak-kanak yang menjadi yatim piatu serta golongan dewasa yang kehilangan pasangan masing-masing.

    Projek dikenali Membina Semula Keluarga itu, antara lain bertujuan untuk menghubungkan mangsa dengan pelbagai program pembangunan sosial.

    Selain itu, projek berkenaan turut merancang menggabungkan seramai 190 kanak-kanak yang mungkin berdepan pelbagai risiko.

    Beliau berkata, apa yang lebih penting projek berkenaan tidak melanggar hak kanak-kanak dan tidak membiarkan mereka tanpa arah tujuan.

    Bencana itu, mengakibatkan 360 terbunuh, di Aztec setakat ini 219 dilaporkan maut diikuti di Morelos seramai 74 orang; Puebla, 45; Mexico, 15, Guerrero, enam dan Oaxaca, satu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda