Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mia Sara disangka bersama Sofyank

    Pelakon Mia Sarah Shauki memohon maaf berhubung kekeliruan sesetengah pihak yang menyangka dia mempunyai hubungan dengan Sofyank sehingga memberi tempias kepada rumah tangga pempengaruh media sosial popular tersebut.

    Menjelaskan hal tersebut, Mia, 23, berkata, ramai salah faham menyangka foto bersama seorang lelaki yang dimuat naik di Instagram miliknya adalah Sofyank kerana wajahnya mirip dengan teman lelakinya.

    Tidak hanya memiliki wajah mirip, anak kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki itu turut memberitahu nama mereka juga hampir serupa iaitu Sufiyan.

    “Saya sama sekali tak menyangka akan mengulas mengenai perkara ini… lucu sebenarnya sebab tak tahu pula perkongsian di Instagram boleh tular sehingga ramai salah sangka.

    “Saya mohon maaf atas kekeliruan yang timbul malah saya juga sudah cuba menghubungi Sofyank di laman sosialnya untuk mohon maaf tapi mungkin dia tak perasan mesej dihantar kepadanya.

    “Bukan saya saja, teman lelaki saya pun turut memohon maaf kepada Sofyank dan isteri jika ada me-nyusahkan atau menyinggung perasaan mereka,” katanya kepada mStar.

    Mia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Siri Astro Original berjudul Riot! yang ber-langsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam perkembangan lain, Mia yang memegang watak sebagai Feeqi menerusi drama bersiri Riot! itu berharap tiada pihak yang menghakimi dirinya berdasarkan karakter yang dijayakan. – Agensi

    Mia Sara minta maaf atas kekeliruan yang berlaku melibatkan wajah teman lelakinya. – Agensi

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda